Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian III · Pengenaan dan Skop Levi Pelepasan

12. Membayar balik levi pelepasan

Feedback & support
(1)

Jika suatu perintah terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 11(2), apa-apa levi pelepasan yang telah dikenakan dan dilevikan menurut perintah itu atau apa-apa bahagian perintah itu sebagaimana yang terhenti berkuat kuasa hendaklah, tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), kena dibayar balik kepada orang yang telah membayar levi pelepasan itu.

(2)

Melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya, tiada levi pelepasan yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (1) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang telah membayar levi pelepasan itu membuat suatu tuntutan secara bertulis kepada Ketua

Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan tuntutan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa levi pelepasan yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan secara tidak patut memperkaya orang yang telah membayar levi pelepasan itu.

Levi Pelepasan 15

Report

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Rekod, Penyata, Taksiran dan Mendapatkan Balik

Bahagian VI

Pengecualian, Peremitan dan Pembayaran Balik

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kesalahan

Bahagian IX

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peralihan