Akta Levi Pelepasan 2019 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian VI · Pengecualian, Peremitan dan Pembayaran Balik
31. Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik
Feedback & supportMenteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, mengecualikan—
mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan;
mana-mana orang berdaftar daripada mengenakan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan;
mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah perenggan 9(2)(b) daripada mengenakan levi pelepasan;
atau
mana-mana pengendali daripada kehendak untuk mendaftar.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, mengecualikan—
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 813
mana-mana orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan;
mana-mana orang berdaftar daripada mengenakan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan; atau
mana-mana pengendali daripada kehendak untuk mendaftar.
Jika seseorang yang telah diberikan pengecualian di bawah perenggan (1)(a) atau (2)(a) telah membayar apa-apa levi pelepasan yang berhubungan dengan pengecualian itu dan yang telah diberi kelulusan oleh Menteri bagi pembayaran balik amaun levi pelepasan yang telah dibayar, orang itu adalah berhak bagi pembayaran balik itu.
Peremitan