Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian V · Rekod, Penyata, Taksiran dan Mendapatkan Balik

17. Kewajipan untuk menyimpan rekod

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang berdaftar hendaklah menyimpan suatu rekod yang lengkap dan benar mengenai mana-mana orang yang dibawa oleh orang berdaftar itu meninggalkan Malaysia dan semua transaksi yang menyentuh atau boleh menyentuh tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan, dalam buku akaun atau rekod lain itu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu.

(3)

Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.

(4)

Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk manual dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum penukaran itu.

(5)

Mana-mana orang berdaftar yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Pengecualian, Peremitan dan Pembayaran Balik

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kesalahan

Bahagian IX

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peralihan