Akta Levi Pelepasan 2019 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian VIII · Kesalahan
36. Halangan
Feedback & supportMana-mana orang yang—
(a)
dengan apa-apa cara mengamang, menghalang, menggalang, mengancam atau mencabul pegawai kastam dalam menunaikan fungsinya di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
(b)
tidak memberikan kemudahan atau bantuan yang munasabah kepada mana-mana pegawai kastam dalam menjalankan fungsinya di bawah
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.