Seksyen 28
Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., yang dibayar balik secara silap
Jika mana-mana levi pelepasan atau penalti selepas bayaran dibuat telah dibayar balik secara silap kepada mana-mana orang, orang itu hendaklah membayar levi pelepasan atau penalti yang dibayar balik secara silap kepadanya sama ada suatu tuntutan dibuat oleh Ketua
Pengarah atau tidak.
(2)
Tuntutan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh Ketua Pengarah dalam masa enam tahun dari tarikh pembayaran balik itu dibuat.
(3)
Apabila tuntutan di bawah subseksyen (2) diterima, orang itu hendaklah membayar semula bayaran balik yang telah dibayar secara silap kepadanya.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 813