Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian V · Rekod, Penyata, Taksiran dan Mendapatkan Balik

25. Orang berdaftar membayar levi pelepasan dan penalti apabila diberitahu

Feedback & support
(1)

Jika amaun levi pelepasan dan penalti, jika ada, telah ditaksir dan diberitahu kepada mana-mana orang berdaftar, ia hendaklah disifatkan sebagai amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang kena dibayar, jika ada, dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan amaun levi pelepasan dan penalti itu, jika ada, hendaklah dibayar oleh orang berdaftar itu, melainkan atau kecuali setakat taksiran itu telah ditarik balik atau dikurangkan oleh

Ketua Pengarah.

(2)

Amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang kena dibayar hendaklah dibayar oleh orang berdaftar sama ada orang berdaftar itu memohon untuk kajian semula di bawah seksyen 59 terhadap taksiran itu atau tidak.

Report

Bahagian VI

Pengecualian, Peremitan dan Pembayaran Balik

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kesalahan

Bahagian IX

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peralihan