Skip to content

Seksyen 29

Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., sebagai hutang sivil

of Akta Levi Pelepasan 2019

ActIn forceProvision 29 of 66
Seksyen 29
(1)

Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain dan walau apa pun apa-apa keputusan pegawai kastam, apa-apa levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar oleh orang berdaftar di bawah Akta ini boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.

(2)

Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan balik levi pelepasan atau penalti, jika ada, di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua

Pengarah yang memberikan nama dan alamat orang berdaftar itu dan amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar, jika ada, hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bagi amaun itu sebagai yang genap masa dan kena dibayar atau yang kena dibayar olehnya dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.

(3)

Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953 [Akta 254], Ordinan

Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa Sarawak

[Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan balik seolah-oleh ia adalah penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan demikian subseksyen 6(4)

Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai bagi penalti itu.

Tanggungan pengarah, dsb.