Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian V · Rekod, Penyata, Taksiran dan Mendapatkan Balik

30. Tanggungan pengarah, dsb

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dan tertakluk pada subseksyen (2), jika levi pelepasan genap masa dan kena dibayar atau penalti kena dibayar di bawah Akta ini oleh mana-mana syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, atau kumpulan orang lain, pengarah syarikat itu, pegawai pematuhan perkongsian liabiliti terhad itu, pekongsi firma itu, pemegang jawatan pertubuhan itu atau orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan kumpulan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bersama-sama dengan syarikat, perkongsian

Levi Pelepasan 25

liabiliti terhad, firma, pertubuhan, atau kumpulan orang lain itu bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi levi pelepasan atau penalti itu.

(2)

Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah wang yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan levi pelepasan atau penalti itu.

Report

Bahagian VI

Pengecualian, Peremitan dan Pembayaran Balik

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kesalahan

Bahagian IX

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peralihan