Skip to content

Seksyen 32

Peremitan

of Akta Levi Pelepasan 2019

ActIn forceProvision 32 of 66
Seksyen 32
(1)

Menteri boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar jika difikirkan patut olehnya.

(2)

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut olehnya dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan olehnya, meremitkan penalti di bawah subseksyen 20(2).

(3)

Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa levi pelepasan atau penalti yang berhubungan dengan peremitan itu, dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun levi pelepasan atau penalti yang telah dibayar yang telah diremitkan itu.

Pembayaran balik levi pelepasan yang terlebih bayar atau dibayar secara silap, dsb.