Skip to content

Seksyen 33

of Akta Levi Pelepasan 2019

ActIn forceProvision 33 of 66

Seksyen 33

(1)

Mana-mana orang yang telah terlebih bayar atau membayar secara silap apa-apa levi pelepasan atau penalti atau berhak untuk mendapatkan bayaran balik levi pelepasan atau penalti di bawah seksyen 31 atau 32 boleh membuat tuntutan dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Levi Pelepasan 27

(2)

Tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada

Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari masa berlakunya pembayaran terlebih itu atau pembayaran yang silap itu atau berlakunya kelayakan pembayaran balik itu.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini,

Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan untuk membayar balik amaun yang dibayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) melalui levi pelepasan menurut fakta bahawa ia bukan levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar kepadanya.