Skip to content

Seksyen 39

Keengganan untuk menjawab soalan atau memberi maklumat palsu

of Akta Levi Pelepasan 2019

ActIn forceProvision 39 of 66
Seksyen 39
(1)

Mana-mana orang yang, dikehendaki di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini untuk memberikan apa-apa maklumat yang dengan munasabah boleh dikehendaki oleh pegawai kastam yang dalam kuasanya untuk memberi, enggan untuk memberi maklumat itu atau mengemukakan sebagai benar maklumat yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Apabila apa-apa maklumat dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian maklumat itu telah dikemukakan secara tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang jurubahasa yang disediakan oleh pemberi maklumat itu.