Seksyen 32B
Kuasa untuk memerintahkan kehadiran di mahkamah
Jika Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh, sebagai ganti membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang paling hampir yang
Makanan 43
mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
(2)
Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) tidak hadir dengan sendiri atau melalui peguam, mahkamah boleh jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi menangkap orang itu melainkan jika didapati adalah tidak semunasabahnya mungkin bagi orang itu untuk hadir sedemikian atau dalam hal suatu kesalahan boleh kompaun, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu menurut seksyen 33.
(3)
Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan.