Skip to content

Seksyen 35

Pemansuhan dan kecualian

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 46 of 47
Seksyen 35
(1)

Ordinan yang berikut adalah dimansuhkan setakat yang berhubung dengan makanan:

(a)

Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952 [No. 28 tahun 1952];

(b)

Ordinan Kesihatan Awam Sabah [Sabah No. 7 tahun 1960]; dan

(c)

Ordinan Kesihatan Awam Sarawak [Sarawak No. 24 of 1962].

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh penguatkuasaan yang lalu akan, atau apa-apa perkara yang dilakukan di bawah, peruntukan mana-mana undang-undang berhubung dengan makanan yang diluluskan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini dengan syarat bahawa apa-apa hak, kebebasan, keistimewaan, tanggungan atau liabiliti yang sedia ada pada masa mula berkuatkuasanya Akta ini menurut kuasa mana-mana undang-undang yang sedemikian itu hendaklah, kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tertakluk pada peruntukan Akta ini.