Skip to content

Seksyen 33C

Tanggung rugi

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 44 of 47
Seksyen 33C
(1)

Kerajaan tidak boleh dikehendaki menggantikan apa-apa kerugian yang ditanggung oleh seseorang pemunya atau penduduk atau orang yang bertanggungjawab bagi mana-mana premis makanan akibat daripada kemasukan, penggeledahan atau penyitaan di bawah

Akta ini, melainkan jika kerosakan itu telah disebabkan oleh pengabaian atau kesalahan yang disengajakan oleh seorang pegawai awam.

(2)

Jika berlaku apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan sedemikian, maka amaun pampasan itu hendaklah ditentukan dan diputuskan secara terus oleh suatu mahkamah Majistret.