Skip to content

Seksyen 33

Kuasa untuk mengkompaun

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 41 of 47
Seksyen 33
(1)

Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh mana-mana orang dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu dan dengan mengutip daripada orang itu suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun maksimum denda bagi kesalahan yang dilakukan itu.

(2)

Apa-apa pembayaran kompaun di bawah seksyen ini hendaklah dibuat di tempat yang dinyatakan dalam notis di bawah seksyen 32B dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau, dalam hal jika pelanjutan tempoh diberikan, dalam tempoh itu.

(3)

Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat; dan

(b)

apa-apa makanan atau perkakas yang disita hendaklah dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan kepada

44

Undang-Undang Malaysia orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Pengarah atau pegawai diberi kuasa selepas mengambil kira sifat kesalahan itu dan keadaan makanan atau perkakas itu, dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil berkenaan dengan makanan itu.

(4)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengarah atau pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1266).