Skip to content

Seksyen 35

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 35 of 87

Seksyen 35

(1)

Ketua Pengarah boleh, jika dia mendapati bahawa pengendalian berterusan mana-mana makmal patologi berlesen akan mendatangkan bahaya besar kepada orang awam, melalui notis bertulis memerintahkan penutupan makmal patologi berlesen itu selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat atau arahan sebagaimana yang difikirkannya patut, dan boleh mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang perlu untuk melindungi orang awam daripada bahaya besar itu.

(2)

Apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pemegang lesen atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas makmal patologi berlesen dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah itu disampaikan.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 674

(3)

Seseorang yang gagal untuk mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal tuan punya tunggal—

(i)

didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau

(b)

dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—

(i)

didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.