Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian IV · Lesen untuk Mengendalikan atau Menyediakan

12. Permohonan bagi lesen

Feedback & support
(1)

Suatu permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan suatu makmal patologi hendaklah dibuat kepada

Makmal Patologi 17

Ketua Pengarah selepas suatu kelulusan telah diberikan untuk menubuhkan atau menyenggara suatu makmal patologi—

(a)

dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan;

(b)

disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan

(c)

dengan mengemukakan bersama-sama permohonan itu—

(i)

surat kelulusan; dan

(ii)

apa-apa maklumat, butiran dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu,

Ketua Pengarah boleh melalui notis bertulis menghendaki pemohon untuk memberikan maklumat, butiran atau dokumen tambahan.

(3)

Jika apa-apa maklumat, butiran atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis atau apa-apa pelanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.

(4)

Suatu permohonan bagi lesen boleh ditarik balik melalui notis bertulis kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan ditolak.

Report

Bahagian V

Tanggungjawab Pemegang Lesen atau Orang yang Bertanggungjawab

Bahagian VI

Penggantungan dan Pembatalan Kelulusan

Bahagian VII

Penutupan Makmal Patologi

Bahagian VIII

Peruntukan Am yang Berhubungan Dengan Kelulusan atau Lesen

Bahagian IX

Kualiti Makmal Patologi

Bahagian X

Jawatankuasa Penasihat Makmal Patologi

Bahagian XI

Organisasi Jagaan yang Diuruskan

Bahagian XII

Penguatkuasaan

Bahagian XIII

Pelbagai

Schedules