Seksyen 47
Seksyen 47
Bagi maksud Bahagian ini, “organisasi jagaan yang diuruskan” ertinya mana-mana organisasi atau badan yang dengannya suatu makmal patologi berlesen memasuki suatu kontrak atau mempunyai perkiraan atau berniat untuk memasuki suatu kontrak atau mempunyai perkiraan untuk menyediakan kualiti atau kuantiti perkhidmatan patologi yang dinyatakan dalam suatu sistem kewangan yang ditentukan melalui satu atau gabungan mekanisme yang berikut:
(a)
menyediakan perkhidmatan patologi kepada pengguna melalui pemberi jagaan kesihatan sendiri organisasi atau badan atau pemberi jagaan kesihatan pihak ketiga menurut kontrak atau perkiraan antara semua pihak yang berkenaan; atau
(b)
menyediakan perkhidmatan patologi kepada pekerja atau orang yang mendaftar bagi pihak pembayar termasuk individu, majikan atau pembiaya menurut perjanjian kontraktual antara semua pihak yang berkenaan.
(2)
Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan mana-mana organisasi atau badan yang memasuki perkiraan perkhidmatan makmal patologi, selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1), menjadi organisasi jagaan yang diuruskan.
Makmal Patologi 43