Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XII · Penguatkuasaan
52. Pelantikan pegawai yang diberi kuasa
Feedback & support(1)
Ketua Pengarah boleh melantik secara bertulis apa-apa bilangan orang menjadi pegawai yang diberi kuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.
(2)
Pegawai yang diberi kuasa boleh menjalankan semua kuasa yang terletak hak padanya di bawah Akta ini.
(3)
Pelantikan seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah disiarkan dalam Warta secepat yang dapat dilaksanakan.