Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IX · Kualiti Makmal Patologi
44. Kualiti makmal patologi
Feedback & supportSuatu makmal patologi berlesen hendaklah mempunyai program dan kegiatan sebagaimana yang ditetapkan bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh makmal patologi berlesen itu.
Undang-Undang Malaysia 40
Pemegang lesen hendaklah memberikan apa-apa maklumat berkenaan dengan program dan kegiatan itu kepada Ketua Pengarah sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal tuan punya tunggal—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit;
dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal tuan punya tunggal—
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
Makmal Patologi 41
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.