Seksyen 4
ActIn forceProvision 4 of 87
Seksyen 4
(1)
Suatu kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggara atau suatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakan suatu makmal patologi hanya boleh diberikan atau dikeluarkan kepada—
(a)
tuan punya tunggal yang merupakan seorang pengamal perubatan berdaftar;
(b)
perkongsian yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pekongsi yang merupakan seorang pengamal perubatan berdaftar; atau
(c)
pertubuhan perbadanan yang lembaga pengarahnya terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang yang merupakan pengamal perubatan berdaftar.