Seksyen 9
Tempoh kelulusan
Suatu kelulusan hendaklah, melainkan jika digantung atau dibatalkan terlebih dahulu, sah selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dari tarikh kelulusan itu diberikan.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (1), jika pemegang suatu kelulusan menghadapi apa-apa kesukaran teknikal dalam menubuhkan atau menyenggara suatu makmal patologi, dia boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah bagi suatu pelanjutan masa yang disertakan dengan apa-apa bukti kesukaran itu dan fi yang ditetapkan.
(3)
Ketua Pengarah boleh memberikan suatu pelanjutan masa yang dipohon di bawah subseksyen (2) dengan atau tanpa apa-apa terma atau syarat jika dia berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan di bawah subseksyen (1).