Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian I · Permulaan
2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak dari perkahwinan” ertinya seseorang anak kepada kedua-dua pihak kepada perkahwinan yang berkenaan atau seseorang anak kepada satu pihak kepada perkahwinan itu, yang diterima sebagai seorang ahli keluarga oleh pihak yang satu lagi itu; dan “anak” dalam konteks ini termasuklah seseorang anak tidak sah taraf kepada salah satu pihak kepada perkahwinan itu dan seseorang anak yang diambil sebagai anak angkat oleh salah satu pihak tersebut menurut perintah pengambilan anak angkat yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan pengambilan anak angkat;
“anak negeri” berhubungan dengan Sabah dan Sarawak, mempunyai erti yang sama dengan yang diberi kepadanya dalam Fasal (6)
Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan;
“daerah perkahwinan” ertinya sesuatu kawasan yang telah ditentukan sebagai suatu daerah perkahwinan di bawah subseksyen 28(5), atau jika tiada sesuatu kawasan itu telah ditentukan sedemikian dalam sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan, ertinya
Negeri atau Wilayah Persekutuan itu;
“daftar perkahwinan” termasuklah—
sesuatu daftar perkahwinan yang disimpan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran perkahwinan sebelum daripada tarikh yang ditetapkan;
daftar perkahwinan yang dibuat di bawah subseksyen 46A(1)
dan seksyen 46B; dan
mikrofilem, komputer dan bentuk rekod lain yang dibuat di bawah subseksyen 46A(2);
“Ketua Menteri”, berhubung dengan—
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 11
Negeri-Negeri Malaysia, ertinya Ketua Menteri atau
Menteri Besar sesuatu Negeri;
Wilayah Persekutuan, ertinya Menteri;
Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul
Malaysia, ertinya Duta, Pesuruhjaya Tinggi atau Konsul
Malaysia masing-masingnya;
“mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang Hakim
Mahkamah Tinggi atau, di mana seseorang Hakim Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa menurut subseksyen (2), ertinya Mahkamah
Sesyen itu atau seseorang Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas pendaftaran perkahwinan;
“orang asli” mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Orang Asli 1954 [Akta 134];
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dan yang bukan seorang balu atau duda;
“Pendaftar” ertinya seseorang Pendaftar Perkahwinan yang dilantik di bawah Akta ini dan termasuklah Pendaftar Besar, seseorang
Penolong Pendaftar Besar, seseorang Penguasa Pendaftar, seseorang
Timbalan Pendaftar dan seseorang Penolong Pendaftar Perkahwinan;
“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Perkahwinan dan termasuklah seseorang Timbalan Pendaftar Besar Perkahwinan yang dilantik di bawah Akta ini;
“perkahwinan dengan seorang perempuan lain” ertinya perkahwinan seseorang yang telah berkahwin dengan seorang perempuan lain dalam masa hayat isterinya yang dahulu, sama ada perkahwinan yang kedua itu telah berlaku di Malaysia atau di tempat lain;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
12
Undang-Undang Malaysia
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim
Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberi kepada mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen bidang kuasa untuk menguruskan apa-apa perkara di bawah Akta ini.