Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian I · Permulaan
4. Perkahwinan sah yang masih wujud disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Akta ini sahaja
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum daripada tarikh yang ditetapkan.
Perkahwinan itu, jika sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang di bawahnya perkahwinan itu telah diupacarakan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini.
Tiap-tiap perkahwinan itu, melainkan jika tidak sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang di bawahnya perkahwinan itu telah diupacarakan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan—
dengan kematian salah satu pihak;
dengan perintah sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten; atau
*CATATAN—Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagaimana rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”–lihat subseksyen 5(2) Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996].
14
Undang-Undang Malaysia
dengan suatu dekri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.