Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian I · Permulaan
3. Pemakaian
Feedback & supportIn plain English
The Act covers everyone in Malaysia and people domiciled there who live abroad. Citizens are presumed domiciled in Malaysia. It does not cover Muslims or anyone married under Islamic law. Courts may still end marriages where a spouse converts to Islam. It also excludes natives of Sabah or Sarawak and aborigines of Peninsular Malaysia under customary law, with exceptions.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata sebaliknya
Akta ini hendaklah terpakai bagi semua orang di Malaysia dan bagi semua orang yang berdomisil di Malaysia tetapi bermastautin di luar
Malaysia.
Bagi maksud Akta ini, seseorang yang mana adalah seorang warganegara Malaysia hendaklah disifatkan sebagai berdomisil di Malaysia sehingga dibuktikan sebaliknya.
Akta ini tidak terpakai bagi seseorang Islam atau bagi seseorang yang berkahwin di bawah Hukum Syarak dan tiada sesuatu perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu menganut agama Islam; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh diertikan sebagai menghalang sesuatu mahkamah daripada mempunyai bidang kuasa eksklusif atas pembubaran sesuatu perkahwinan dan semua perkara yang berbangkit daripada itu termasuklah memberi dekri perceraian atau perintah lain di bawah
Bahagian VII dan Bahagian VIII bagi suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 53 yang satu pihak masuk Islam selepas petisyen difailkan atau selepas dekri diisytiharkan, atau suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 51, 52 atau 53 bagi petisyen oleh salah satu pihak atau kedua-dua pihak kepada suatu perkahwinan yang satu pihak telah masuk Islam, dan dekri dan perintah yang dibuat itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 13
Akta ini tidak terpakai bagi seseorang anak negeri Sabah atau
Sarawak atau seseorang orang asli *Semenanjung Malaysia yang perkahwinan dan perceraiannya tertakluk pada undang-undang adat anak negeri atau adat orang asli melainkan jika—
dia memilih untuk berkahwin di bawah Akta ini;
dia berkahwin di bawah Ordinan Perkahwinan Kristian
[Sabah Bab 24]; atau
dia berkahwin di bawah Ordinan Perkahwinan Sivil dan di Gereja [Sarawak Bab 92].