Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian V · Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan
39. Pengataan palsu dalam kaveat
Feedback & supportMana-mana orang yang memasukkan sesuatu kaveat bagi menentang pengeluaran sesuatu perakuan untuk perkahwinan oleh
Pendaftar dan yang membuat sesuatu representasi palsu dalam atau bagi menyokong kaveat itu dengan mengetahui atau mempercayai representasi itu sebagai palsu atau dengan tiada sebab bagi mempercayainya sebagai benar adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang memasukkan sesuatu kaveat bagi menentang pengeluaran sesuatu perakuan perkahwinan dan yang berpura-pura menjadi atau dengan merepresentasikan dirinya sebagai seorang yang persetujuannya terhadap perkahwinan itu adalah dikehendaki oleh undang-undang dengan mengetahui atau mempercayai kepura-puraan atau representasi itu sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya.