Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian V · Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan

41. Kesalahan berhubungan dengan pengupacaraan perkahwinan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang dengan diketahuinya dan berlawanan dengan Akta ini mengupacarakan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengupacarakan atau menjalankan istiadat sesuatu perkahwinan—

(a)

tanpa terlebih dahulu menerima suatu perakuan untuk perkahwinan itu atau suatu lesen yang tidak memerlukan perakuan itu;

(b)

selain di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai, selain orang yang mengupacarakan perkahwinan itu; atau

(c)

selepas tamat enam bulan dari tarikh pemberitahuan perkahwinan yang diberi di bawah seksyen 14, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(2)

Seseorang Pendaftar yang dengan diketahuinya dan berlawanan dengan Akta ini mengeluarkan sesuatu perakuan untuk perkahwinan—

(a)

tanpa menyiarkan notis perkahwinan sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 15;

(b)

apabila sesuatu kaveat telah dimasukkan di bawah seksyen 19 tanpa terlebih dahulu mematuhi seksyen 20;

atau

(c)

berlawanan dengan seksyen 16,

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 39

adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(3)

Mana-mana orang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai berkahwin atau yang menjalani sesuatu cara perkahwinan dengan mana-mana orang berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian III adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Report

Bahagian VI

Perceraian

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules