Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian V · Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan
42. Membinasakan atau memalsu buku daftar
Feedback & supportMana-mana orang yang dengan sendirinya atau melalui seseorang lain—
dengan sengaja membinasakan atau merosakkan apa-apa daftar perkahwinan atau apa-apa perakuan darinya, atau mana-mana bahagiannya atau apa-apa cabutan yang disahkan darinya;
dengan palsu membuat atau melancung mana-mana bahagian daftar atau perakuan itu; atau
dengan sengaja memasukkan apa-apa catatan palsu dalam mana-mana daftar atau perakuan atau cabutan yang disahkan, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.