Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian VII · Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

77. Kuasa bagi mahkamah untuk memerintahkan pembayaran nafkah suami atau isteri

Feedback & support

In plain English

A court may order a man to maintain his wife or former wife during marriage proceedings, on or after divorce or judicial separation, or if she is found alive after being presumed dead. It may order a woman to maintain her husband or former husband if illness or injury limits his earning and her means make this reasonable.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isterinya atau isterinya yang dahulu—

(a)

semasa penjalanan prosiding perkahwinan;

(b)

apabila memberi atau selepas daripada memberi sesuatu dekri perceraian atau perpisahan kehakiman;

(c)

jika, selepas sesuatu dekri mengisytiharkan isteri atau isteri yang dahulu itu dianggap sebagai telah mati, isteri atau isteri yang dahulu itu didapati masih hidup.

(2)

Mahkamah hendaklah juga berkuasa memerintahkan seseorang perempuan membayar nafkah kepada suaminya atau suaminya yang dahulu jika suami atau suami yang dahulu itu tidak berupaya, kesemuanya atau sebahagiannya, daripada mencari mata pencarian disebabkan oleh kecederaan mental atau jasmani atau tidak sihat, dan mahkamah berpuas hati bahawa dengan mengambil kira kepada kemampuan perempuan itu adalah munasabah baginya memerintahkan sedemikian.

Report

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules