Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VII · Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan
81. Tempoh perintah nafkah
Feedback & supportKecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan, dan tertakluk pada seksyen 82, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat—
(a)
jika nafkah itu tidak berjamin, apabila suami atau isteri itu mati, mengikut mana-mana yang lebih awal;
(b)
jika nafkah itu berjamin, apabila mati suami atau isteri yang untuknya perintah itu telah dibuat.