Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VII · Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan
86. Menuntut tunggakan nafkah
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (3), tunggakan nafkah yang tidak berjamin, sama ada kena dibayar menurut perjanjian atau di bawah sesuatu perintah mahkamah, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terakru kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terakru kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pusakanya.
Tertakluk pada subseksyen (3), tunggakan nafkah yang tidak berjamin yang terakru kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.
Tiada apa-apa amaun yang terhutang sebagai nafkah boleh dituntut dalam sesuatu guaman jika ianya terakru kena dibayar lebih daripada tiga tahun sebelum guaman itu dimulakan.