Skip to content

Seksyen 160

Caruman dan levi

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 32 of 87
Seksyen 160
(1)

Suatu organisasi peserta, suatu gabungan, seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang berniaga dalam sekuriti selain suatu organisasi peserta dan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi pengurusan kumpulan wang, hendaklah apabila dilesenkan di bawah Akta ini, membayar caruman pada kadar yang ditetapkan oleh

Menteri kepada Dana Pampasan Pasaran Modal.

(2)

Semua caruman yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh dibayar balik.

(3)

Sebagai tambahan kepada caruman di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh mengenakan suatu levi yang jumlahnya ditetapkan oleh Menteri ke atas apa-apa kategori orang yang berkaitan untuk menanggung operasi Dana Pampasan Pasaran

Modal itu.