Seksyen 164
Laporan tahunan
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Amendment ActIn forceProvision 36 of 87
Seksyen 164
(1)
Perbadanan hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas penutupan setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan berkenaan dengan aktivitinya untuk tahun kewangan itu, dan menghantar suatu salinan laporan itu kepada Suruhanjaya.
(2)
Laporan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
tuntutan yang dirujuk kepada Perbadanan dan pampasan yang dibayar;
(b)
akaun tahunan beraudit Perbadanan; dan
(c)
apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
23
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)