Skip to content

Seksyen 163

Akaun dan audit

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 35 of 87
Seksyen 163
(1)

Perbadanan hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun yang teratur dan rekod lain berkenaan dengan operasi Perbadanan dan hendaklah menyediakan penyata akaun untuk setiap tahun kewangan.

(2)

Pada akhir setiap tahun kewangan, dalam masa tiga bulan selepas penutupan tahun kewangan atau sebaik sahaja akaun

Perbadanan diaudit, Perbadanan hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun dikemukakan kepada Suruhanjaya.

(3)

Dalam tempoh tiga bulan selepas penutupan setiap tahun kewangan, Perbadanan hendaklah menyediakan dan menyerahkan suatu laporan pengawalseliaan kepada Suruhanjaya tentang setakat mana Perbadanan itu telah mematuhi kehendak di bawah Bahagian ini dan kaedah-kaedahnya dalam tahun kewangan itu.

(4)

Apabila menerima laporan di bawah subseksyen (3),

Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa jika difikirkan perlu menjalankan audit pengawalseliaan ke atas Perbadanan.

(5)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)

1980 [Akta 240] tidak terpakai kepada Perbadanan.