Skip to content

Seksyen 35

Permohonan untuk pendaftaran

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015

Amendment ActIn forceProvision 11 of 57
Seksyen 35
(1)

Suatu permohonan di bawah subseksyen 34(1)

hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat dan dengan mengikut apa-apa cara yang boleh ditentukan

Suruhanjaya.

(2)

Jika pemohon di bawah subseksyen 34(1) adalah pengendali pasaran saham atau pasaran derivatif di luar

Malaysia, Suruhanjaya boleh, dalam mendaftarkan pemohon itu sebagai pengendali pasaran diiktiraf, mengambil kira, sama ada—

(a)

pemohon itu telah pun dibenarkan untuk mengendalikan suatu pasaran saham atau pasaran derivatif dalam bidang kuasa asing itu;

(b)

pemohon itu adalah daripada suatu bidang kuasa yang diiktiraf dan setanding; dan

(c)

Suruhanjaya mempunyai suatu perkiraan kawal selia dengan pihak berkuasa penyeliaan asing.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan pemohon itu, menjadikan permohonan di bawah subseksyen 34(1) sebagai suatu permohonan di bawah seksyen 8 sekiranya Suruhanjaya berpendapat bahawa pemohon itu akan menjadi lebih sesuai dikawal selia sebagai suatu bursa saham atau bursa derivatif diluluskan.

Kewajipan pengendali pasaran diiktiraf