Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VI · Majlis Perundingan
49. Keputusan mengenai syor
Feedback & supportKerajaan boleh, selepas menimbangkan syor oleh Majlis—
bersetuju dengan syor itu;
tidak bersetuju dengan syor itu dan menentukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 47(1)(a) hingga (g);
atau
mengarahkan Majlis untuk mengkaji semula syor itu dan membuat syor baharu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan.
Undang-Undang Malaysia 36
Jika Kerajaan mengarahkan Majlis untuk mengkaji semula syor itu dan membuat syor baharu di bawah perenggan (1)(c), maka perenggan 47(2)(a) dan (b) dan subseksyen 47(1) hendaklah terpakai.
Kerajaan boleh, selepas menimbangkan syor baharu yang dibuat menurut subseksyen (2)—
bersetuju dengan syor baharu itu; atau
tidak bersetuju dengan syor baharu itu dan menentukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 47(1)(a)
hingga (g).