Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VI · Majlis Perundingan
59. Minit
Feedback & support(1)
Majlis hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2)
Apa-apa minit yang dibuat tentang suatu mesyuarat
Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh
Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Pekerja Gig 41
(3)
Tiap-tiap mesyuarat Majlis yang berkenaan dengan minit prosidingnya telah dibuat mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.