Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VI · Majlis Perundingan
60. Majlis boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
Feedback & support(1)
Majlis boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk menghadiri mesyuaratnya untuk menasihati tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(2)
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (1)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Majlis.