Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VI · Majlis Perundingan
51. Keanggotaan Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta:
seorang Pengerusi;
seorang Timbalan Pengerusi;
seorang Setiausaha dalam kalangan pegawai
Skim Perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan;
Pekerja Gig 37
anggota dalam kalangan pegawai awam;
anggota yang mewakili entiti kontrak;
anggota yang mewakili pekerja gig; dan
anggota lain.
Jumlah anggota yang akan dilantik bagi perenggan (1)(d)
hingga (g) hendaklah ditentukan oleh Menteri.
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Majlis yang disebut dalam perenggan (1)(g) hendaklah dilantik dalam kalangan orang, yang pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan industri gig.
Anggota Majlis yang disebut dalam perenggan (1)(d)
hendaklah dilantik melalui jawatan.
Bilangan anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(e)
hendaklah sama bilangan anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) pada satu-satu masa.
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota tidak melebihi dua puluh sembilan orang pada bila-bila masa.