Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VI · Majlis Perundingan
58. Mesyuarat
Feedback & supportMajlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.
Suatu notis secara bertulis hendaklah diberikan kepada anggota Majlis sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat diadakan.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Majlis dan—
dalam ketiadaan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat
Majlis kerana apa-apa sebab, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu; atau
dalam ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat Majlis kerana apa-apa sebab, mana-mana anggota Majlis yang lain yang dilantik oleh
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Kuorum mesyuarat Majlis hendaklah dua pertiga daripada anggota Majlis, termasuk Pengerusi.
Tiap-tiap anggota Majlis yang hadir pada mesyuarat Majlis berhak mendapat satu undi.
Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi,
Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota Majlis yang mempengerusikan mesyuarat Majlis di bawah subseksyen (1)
hendaklah mempunyai undi pemutus.