Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pelesenan Kenderaan Pelancongan
10. Syarat-syarat yang boleh dilampirkan kepada lesen
Feedback & supportPesuruhjaya boleh melampirkan apa-apa syarat yang difikirkannya patut kepada mana-mana lesen dan, khususnya, syarat-syarat itu boleh termasuk perkara-perkara yang berikut:
dalam hal sesuatu kenderaan dibenarkan yang merupakan suatu bas persiaran, jadual perjalanan bas persiaran itu dan senarai penumpang dengan nombor kad pengenalan atau pasport mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang akan dibawa di dalam bas itu, dan kedua-duanya boleh diperiksa;
bilangan maksimum penumpang yang boleh dibawa;
kehendak bahawa hanya pemegang lesen atau orang yang berkelayakan sahaja boleh memandu atau mengendalikan kenderaan dibenarkan;
kehendak bahawa peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan pelakuan pemandu kenderaan pelancong, dipatuhi;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 594
kehendak bahawa pemegang lesen mestilah menyimpan dan menunjukkan akaun, dokumen dan rekod tertentu apabila diminta untuk pemeriksaan dan penentusahan.
Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya, menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dilampirkan kepada sesuatu lesen di bawah seksyen ini.
Pemegang lesen, atau mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan pelancongan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini, yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dilampirkan kepada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.