Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Pelesenan Kenderaan Pelancongan

12. Permohonan bagi pembaharuan lesen

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), mana-mana orang yang merupakan seorang pemegang lesen yang memuaskan hati

Pesuruhjaya bahawa sejak tarikh lesen itu diberikan dia telah menjalankan dengan sah dan secara berterusan perniagaan kenderaan pelancongan mengikut terma-terma dan syarat-syarat lesen, hendaklah apabila permohonan dibuat kepada Pesuruhjaya bagi pembaharuan lesen itu, diberi keutamaan daripada semua pemohon yang lain bagi suatu lesen untuk mejalankan perniagaan kenderaan pelancongan yang sebahagian besarnya sama dengan perkhidmatan yang selama ini disediakan oleh pemegang lesen itu.

(2)

Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga puluh hari, tetapi tidak lebih daripada enam puluh hari, sebelum tarikh habis tempoh lesen dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

(3)

Fi yang ditetapkan hendaklah kena dibayar apabila permohonan itu diluluskan.

(4)

Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen dikemukakan, pemegang lesen hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen mengembalikan lesen itu kepada Pesuruhjaya.

Report

Bahagian III

Rayuan

Bahagian IV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian V

Pelbagai