Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Pelesenan Kenderaan Pelancongan

6. Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen

Feedback & support
(1)

Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen 5(1), Pesuruhjaya hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh, jika dia berpuas hati tentang kesesuaian pemohon dan apabila dibayar fi yang ditetapkan—

(a)

meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

(b)

memberikan lesen daripada kelas yang berlainan atau dengan muatan penumpang yang hendak dibawa yang berlainan daripada yang dinyatakan dalam permohonan itu; atau

(c)

menolak permohonan itu.

(2)

Seseorang boleh memegang dua lesen atau lebih, sama ada daripada kelas yang sama atau kelas yang berlainan.

Report

Bahagian III

Rayuan

Bahagian IV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian V

Pelbagai