Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pelesenan Kenderaan Pelancongan
7. Pembatalan atau penggantungan lesen
Feedback & supportPesuruhjaya boleh membatalkan atau menggantung mana-mana lesen jika dia berpuas hati bahawa—
mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana syarat lesen telah tidak dipatuhi;
pemberian lesen telah didorongi oleh nyataan palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 594
kenderaan pelancongan itu telah digunakan atau dicadang hendak digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud; atau
pengusahaan pelancongan yang menjalankan atau yang mengendalikan perniagaan kenderaan pelancongan itu telah berhenti daripada menjalankan atau mengendalikan apa-apa perniagaan pelancongan atas pembatalan atau penggantungan atau kegagalan untuk memperbaharui lesennya bagi pengusahaan pelancongan di bawah Akta
Industri Pelancongan 1992.
Walau apa pun subseksyen (1), Pesuruhjaya tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen atas alasan pelanggaran yang disebut dalam perenggan (a) atau (c) melainkan jika dia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang mahu dibuatnya, bahawa lesen itu patut dibatalkan atau digantung kerana kerapnya berlaku pelanggaran, atau pelanggaran itu dilakukan dengan sengaja, atau oleh sebab bahaya kepada orang awam akibat daripada pelanggaran itu.
Bagi maksud subseksyen (1), pelanggaran mana-mana syarat yang disebut dalam seksyen 11 hendaklah disifatkan sebagai pelanggaran yang mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, lesen itu tidak akan mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan atau semasa tempoh penggantungan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.