Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pelesenan Kenderaan Pelancongan
8. Tempoh lesen
Feedback & supportSesuatu lesen hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, sah selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
Apabila sesuatu lesen diberikan, Pesuruhjaya hendaklah menyatakan tarikh yang lesen itu akan berkuat kuasa dan tarikh habis tempoh lesen itu, dan tarikh-tarikh itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen itu apabila lesen itu dikeluarkan.
Jika pada tarikh habis tempoh lesen, selain lesen jangka pendek yang diberikan di bawah seksyen 9, prosiding di hadapan
Pelesenan Kenderaan Pelancongan 13
Pesuruhjaya tentang permohonan pemegang lesen bagi pembaharuan lesen di bawah seksyen 12 masih belum selesai, lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga permohonan itu dibereskan tetapi sementara itu tanpa menjejaskan penjalanan kuasa penggantungan atau pembatalan yang diberikan oleh Akta ini.