Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2013Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan

14. Keputusan untuk memulakan penyiasatan

Feedback & support
(1)

Kerajaan boleh memulakan suatu penyiasatan, sama ada atas permintaan suatu industri dalam negeri atau atas inisiatif Kerajaan sendiri, hanya apabila Kerajaan menentukan bahawa terdapat keterangan yang mencukupi tentang kemudaratan yang serius atau ancamannya disebabkan oleh peningkatan import.

(2)

Jika

Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), Kerajaan boleh meminta maklumat tambahan sebagaimana yang Kerajaan sifatkan perlu.

(3)

Jika Kerajaan memutuskan untuk tidak memulakan suatu penyiasatan, Kerajaan hendaklah memberitahu pempetisyen secara bertulis mengenai sebab-sebab penyiasatan tidak dimulakan.

(4)

Jika suatu petisyen diterima, Kerajaan hendaklah, dari tarikh petisyen itu diterima, memutuskan sama ada hendak memulakan suatu penyiasatan atau tidak dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan. Jika petisyen itu melibatkan isu yang rumit, atau jika

Kerajaan perlu meminta maklumat tambahan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), tempoh itu boleh dilanjutkan bagi tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan.

Pelindung 15

Report

Bahagian V

Langkah Perlindungan Muktamad

Bahagian VI

Kajian Semula Langkah Perlindungan

Bahagian VII

Pengenaan Semula Suatu Langkah Perlindungan

Bahagian VIII

Pelbagai