Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2013Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan

22. Langkah perlindungan sementara

Feedback & support
(1)

Kerajaan boleh mengenakan suatu langkah perlindungan sementara berhubung dengan keluaran yang disiasat yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas penyiaran notis penentuan awal

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 657

afirmatif jika Kerajaan menentukan bahawa langkah itu adalah perlu untuk mencegah kemudaratan yang disebut dalam subseksyen 8(1)

dan 9(1) daripada berlaku ketika dalam tempoh penyiasatan.

(2)

Suatu langkah perlindungan sementara hendaklah dalam bentuk duti jaminan sementara yang dijamin dengan suatu bon atau jaminan yang sama dengan amaun yang ditentukan oleh Kerajaan.

(3)

Langkah perlindungan sementara yang dikenakan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi dua ratus hari.

(4)

Jika penyiasatan seterusnya tidak mendapati bahawa suatu penentuan yang peningkatan import telah menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri, apa-apa bon atau jaminan hendaklah dikembalikan segera.

(5)

Pungutan apa-apa duti pelindung sementara yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai kastam.

Report

Bahagian V

Langkah Perlindungan Muktamad

Bahagian VI

Kajian Semula Langkah Perlindungan

Bahagian VII

Pengenaan Semula Suatu Langkah Perlindungan

Bahagian VIII

Pelbagai