Safeguards Act 2006 · Updated to 1 Dec 2013 · Bahagian IV · Penyiasatan
23. Penentuan muktamad
Feedback & supportKerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat suatu penentuan muktamad tentang—
sama ada keluaran yang disiasat diimport ke dalam
Malaysia dalam kuantiti yang meningkat, secara mutlak atau relatif kepada pengeluaran dalam negeri; dan
sama ada dalam keadaan itu, ia menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung.
Jika Kerajaan membuat suatu penentuan muktamad negatif mengenai subseksyen (1), Kerajaan hendaklah—
menamatkan penyiasatan itu;
Pelindung 19
menamatkan langkah perlindungan sementara yang dikenakan di bawah seksyen 22, dan melepaskan bon atau jaminan yang dikehendaki oleh langkah itu; dan
menyiarkan suatu notis mengenai penentuan muktamad negatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuan negatifnya.
Jika Kerajaan membuat suatu penentuan muktamad afirmatif mengenai subseksyen (1), Kerajaan hendaklah—
menyiarkan suatu notis penentuan muktamad afirmatif; dan
mengenakan suatu langkah perlindungan muktamad.
Kerajaan hendaklah memberitahu dengan segera kepada
Jawatankuasa jika Kerajaan memutuskan bahawa peningkatan import telah menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri. Apa-apa pemberitahuan itu hendaklah mematuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.