Safeguards Act 2006 · Updated to 1 Dec 2013 · Bahagian IV · Penyiasatan
18. Pendengaran awam dan hujah bertulis
Feedback & support(1)
Semua pihak berkepentingan yang turut serta hendaklah diberi peluang mengikut peruntukan seksyen ini—
(a)
bagi pendengaran awam atau cara lain yang sesuai yang pengimport, pengeksport dan pihak berkepentingan yang lain dapat membentangkan keterangan dan pandangan mereka; dan
(b)
untuk memberi jawapan kepada suatu pembentangan bertulis dan lisan oleh pihak berkepentingan yang lain yang mengambil bahagian dan untuk mengemukakan pandangan sama ada pelaksanaan suatu langkah perlindungan adalah demi kepentingan awam.
(2)
Tatacara untuk pendengaran awam hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 657