Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2013Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan

19. Memperlakukan maklumat sulit

Feedback & support
(1)

Apa-apa maklumat yang dari segi sifatnya adalah sulit atau yang disediakan secara sulit hendaklah, apabila sebab ditunjukkan, diperlakukan sedemikian oleh Kerajaan. Maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran bertulis yang khusus daripada pihak yang mengemukakan maklumat sulit itu.

(2)

Pihak yang menyediakan maklumat sulit hendaklah diminta untuk memberikan ringkasan tidak sulit maklumat sulit itu atau, jika pihak itu menunjukkan bahawa maklumat itu tidak boleh diringkaskan, sebab-sebab mengapa suatu ringkasan tidak dapat disediakan.

(3)

Jika Kerajaan mendapati bahawa suatu permintaan bagi memperlakukan maklumat sulit adalah tidak wajar, dan jika pembekal maklumat tidak rela untuk mendedahkan maklumat kepada umum atau membenarkan pendedahan maklumat itu dalam bentuk umum atau ringkasan, Kerajaan boleh mengetepikan maklumat itu melainkan jika dapat ditunjukkan daripada sumber yang sepatutnya sehingga Kerajaan berpuas hati bahawa maklumat itu adalah betul.

Report

Bahagian V

Langkah Perlindungan Muktamad

Bahagian VI

Kajian Semula Langkah Perlindungan

Bahagian VII

Pengenaan Semula Suatu Langkah Perlindungan

Bahagian VIII

Pelbagai